Mikha Tambayong (Nada)Berlakon Teater Gerimis Mengundang (;

Assalamualaikum :) 
apa khabar semua di tengahari hujung minggu ny ? semoga semuanya sihat . insyaAllah ~
okayh , tengahari ni Nienyz na cter bout pelakon sinetron Nada Cinta yang berlakon jadi Nada tuh . 
hahh , mesti ramaikan yang tengok cter tuh . Nienyz even kat hostel pun sanggup cri kat internet tau . hoho .
dek kerana ta na tertinggal walau satu episod . mau jenuh na tunggu cter tuh yang ada 244 siri . samapai habis Dip laa baru habis gamaknya . hahaha !


hahh , cerita terbaru tentang Nada , beliau telah bersetuju untuk membintangi teater musikal romantik Gerimis Mengundang :) kalau sebelum ny , Ricky a.k.a Randy Pangalila dapat berlakon dalam Biar Mimipi Sampai Ke Bintang . kali i rezeki Nada plak untuk berkerjasama dengan produksi Malaysia .




Cerita selanjutnya dari Mangga Online :)

Pelakon remaja popular dari Indonesia, Mikha Tambayong,18, telah memeterai persetujuan untuk terlibat dalam pementasan teater muzikal romantik, Gerimis Mengundang, yang akan diadakan di pentas berprestij, Istana Budaya, bermula 27 MAC - 8 APRIL 2012 yang diterbitkan oleh Excellent Pictures, ERama Creative dan Global Network.
Mikha Tambayong yang sedang popular di kaca televisyen dengan memegang watak Nada dan Cinta dalam sinetron muzikal Nada Cinta, ini melahirkan rasa kegembiraan kerana diberikan peluang terlibat dalam pementasan teater di Malaysia.Bagi Mikha, ini merupakan peluang bagi peminat di negara ini, mengenali dan bertemu dengannya secara dekat dan sebaliknya, apabila berada di Kuala Lumpur untuk pementasan, penghujung Mac nanti.Persetujuan itu dicapai sebentar tadi, dalam acara ringkas yang turut dihadiri oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah teater Gerimis Mengundang, juga Datuk Md Afendi Hamdan dari ERama Creative. Selain itu, Kamal AdliI selaku pelakon utama yang akan bergandingan dengan Mikha Tambayong juga turut berada di Jakarta, Indonesia.
Mengikut jadual Mikha Tambayong akan berada di Kuala Lumpur bermula awal Mac untuk sesi latihan teater yang akan dilakukan di sini.
Teater Gerimis Mengundang diinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang akan ditayangkan tahun 2012 ini.
Penghasilan filem dan Gerimis Mengundang ini adalah bertujuan dalam mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni. 


okayh , see you again .
bui bui

1 comment:

aReLaN said...

kalau balik rumah,memang citer wajib layan la ni.hehehe..

ps :thanks sudi follow.dh follow sni balik.salam perkenalan